Kaedah Bayaran BPR 2021 Bagi Pemohon Yang Layak Mulai 7 Mei 2021

Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah dibuka sehingga 15 Februari. Bagi penerima BSH dan BPN, anda tidak perlu buat permohonan baharu sebaliknya hanya perlu kemaskini permohonan BPR 2021. Untuk makluman anda, pembayaran BPR adalah dibuat secara 3 fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga.

Seperti dijadualkan, pembayaran fasa pertama telah dibuat pada penghujung Februari 2021 lalu mengikut jadual kadar bayaran fasa pertama yang ditetapkan. Diikuti dengan fasa seterusnya yang akan dibayar mengikut jadual rasmi pembayaran BPR 2021.

Ketahui kaedah bayaran BPR 2021 dibuat kepada pemohon sedia ada dan pemohon baru yang layak.

KADAR BAYARAN BPR 2021

Kadar bayaran BPR 2021 akan dibuat pada tarikh pembayaran BPR seperti berikut:

Kaedah Bayaran BPR 2021 Bagi Pemohon Yang Layak Mulai 7 Mei 2021

KAEDAH BAYARAN BPR 2021

Kaedah bayaran BPR 2021 kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:

Ada akaun bank:

  • Berjaya kredit: Kredit ke akaun bank
  • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup): Tuntutan di Cawangan BSN

Ini bermaksud, sekiranya akaun bank yang anda gunakan untuk mohon bantuan yang lepas sudah tidak aktif atau telah ditutup, anda perlu buat tuntutan wang bantuan di cawangan BSN pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Pemohon yang mempunyai akaun bank hanya perlu menunggu wang bantuan masuk ke akaun bank seperti yang dijadualkan mulai 7 Mei 2021 bagi fasa kedua.

Tiada akaun bank:

  • Tuntutan di cawangan BSN

Sekiranya pemohon tiada akaun bank, wang bantuan boleh dituntut di cawangan BSN melalui nombor siri pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Orang ramai boleh semak kadar bayaran fasa kedua DI SINI.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma