Senarai Lengkap Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2022

Kadar bayaran zakat fitrah adalah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing.

Umat Islam dinasihatkan supaya  membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Anda dah boleh semak kadar bayaran zakat fitrah tahun 2022 setiap negeri dan pautan untuk buat pembayaran secara online di perkongsian bawah.

ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

SENARAI KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2022 SELURUH NEGERI

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2022 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan disertakan bersama pautan untuk membuat bayaran zakat secara online:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sarawak

Sabah

Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing.

Contohnya umat Islam di Negeri Melaka menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Baca juga: Siapa Makan Quinoa, Zakat Fitrahnya Lebih RM100 Untuk Satu Kepala. Ianya Bukan Beras Biasa-biasa

Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Rebutlah keberkatan Ramadhan dengan berpuasa, memperbanyak amal-amal kebaikan dan berzakat.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma