[Terkini] PNB Umum Kadar Dividen ASB 2 & Amanah Saham Malaysia

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) kini telah mengisytiharkan dan mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM883.5 juta bagi Amanah Saham Malaysia (ASM).

ASNB dalam kenyataan hari ini berkata, sehingga 22 Mac 2022, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM563.93 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.03 bilion.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui pengumuman kadar dividen ASB2 dan ASM yang diumumkan oleh PNB.

TARIKH PENGUMUMAN BONUS & DIVIDEN TAHUN 2021

Jika dilihat daripada tarikh pengumuman bonus dividen ASB tahun-tahun sebelum ini, memang akan diumumkan pada suku pertama tahun.

Kadar jumlah pengagihan pendapatan Dividen ASB 2 dan ASM diumumkan pada:

  • 30 Mac 2022

KADAR DIVIDEN ASB 2 & ASM

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), bersamaan:

  • Kadar dividen ASB 2: 4.30 sen seunit kepada 481,030 pemegang unit yang kini memiliki 11.96 bilion unit.

Ia turut mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM883.5 juta bagi Amanah Saham Malaysia (ASM), iaitu bersamaan:

  • Kadar dividen ASM: 4.00 sen seunit kepada 567,904 pemegang unit dengan pegangan 22.09 bilion unit.

Secara keseluruhan, ASNB mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.39 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 untuk dua dana harga tetap berkenaan.

ASNB dalam kenyataan hari ini berkata, sehingga 22 Mac 2022, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM563.93 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.03 bilion.

HASIL PENDAPATAN DANA

Pendapatan bagi kedua-dua dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa, yang secara umumnya didorong oleh pembukaan semula ekonomi di kebanyakan negara seiring kita menuju ke fasa endemik.

Kedua-dua dana ini juga meraih keuntungan menerusi strategi kepelbagaian portfolio dengan peningkatan peruntukan dalam pelaburan antarabangsa kepada 18.7 peratus untuk ASB 2 berbanding 15.7 peratus pada tahun lalu dan 20.5 peratus bagi ASM berbanding 19.8 peratus pada 2021.

PNB sentiasa berpegang teguh kepada mandat untuk memberi pulangan yang mampan kepada pemegang unit dan akan terus membina portfolio berdaya tahan yang mampu mengharungi ketidaktentuan ekonomi serta pasaran.

KAEDAH PENGIRAAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 2 & ASM

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana. Pengagihan yang diisytiharkan oleh kedua-dua akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2022.

Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB bagi kedua-dua dana ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 31 Mac 2022 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma