Kadar Bayaran Ujian MUET Terkini Bagi Format Baharu 2021

Bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET sesi terkini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah pun mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET untuk tahun 2021.

Pelajar calon persendirian yang mahu menduduki peperiksaan ini perlu mendaftar mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Untuk sesi peperiksaan MUET kali ini, pelajar dinasihatkan untuk membuat pendaftaran seawal mungkin untuk mengelakkan masalah permohonan daftar lewat ditolak.

Semak tarikh penting dan kadar bayaran MUET bagi format terbaharu tahun 2021 di perkongsian bawah.

TARIKH PENTING MUET 2021

Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2021 yang dikeluarkan oleh MPM:

  • Tarikh pendaftaran dibuka: 13 November 2020
  • Tarikh pendaftaran ditutup: 14 Disember 2020
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 17, 18, 22, 23, 24 dan 25 Februari 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening): 10 April 2021
  • Tarikh pembelian PIN MEC mulai: 13 November hingga 13 Disember 2020.

KADAR BAYARAN UJIAN MUET 2021

Berikut adalah kadar bayaran ujian MUET bagi format baharu tahun 2021:

Kadar Bayaran Ujian MUET Terkini Bagi Format Baharu 2021

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

Pembelian pin juga boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
Maklumat lanjut boleh didapati di http://online.mpm.edu.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma