Tarikh & Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Mengikut Fasa 1 Hingga 4
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023. Bila pula dan berapa jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 2 hingga 4?
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 – 4
Berikut adalah tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 hingga Fasa 4:
- Fasa 1: Mulai 17 Januari 2023
- Fasa 2: April 2023
- Fasa 3: Julai 2023
- Fasa 4: November 2023
KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MENGIKUT FASA 1- 4
Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Bayaran STR diberikan mengikut fasa seperti berikut:
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 (Januari 2023)
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada anak: RM300
1-2 anak: RM300
3-4 anak: RM300
Lebih 5 anak: RM300 - Isi Rumah berpendapatan RM2,500 – RM5,000
Tiada anak: RM300
1-2 anak: RM300
3-4 anak: RM300
Lebih 5 anak: RM300 - Warga Emas: RM100
- Bujang: RM100
- Bujang OKU: RM100
Jumlah Bayaran STR Fasa 2 (April 2023)
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada anak: RM200
1-2 anak: RM200
3-4 anak: RM200
Lebih 5 anak: RM200 - Isi Rumah berpendapatan RM2,500 – RM5,000
Tiada anak: RM200
1-2 anak: RM200
3-4 anak: RM200
Lebih 5 anak: RM200 - Warga Emas: RM100
- Bujang: RM100
- Bujang OKU: RM100
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 (Julai 2023)
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada anak: RM300
1-2 anak: RM400
3-4 anak: RM600
Lebih 5 anak: RM800 - Isi Rumah berpendapatan RM2,500 – RM5,000
Tiada anak: RM0
1-2 anak: RM150
3-4 anak: RM200
Lebih 5 anak: RM250 - Warga Emas: RM200
- Bujang: RM150
- Bujang OKU: RM150
Jumlah Bayaran STR Fasa 4 (November 2023)
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada anak: RM200
1-2 anak: RM600
3-4 anak: RM900
Lebih 5 anak: RM1,200 - Isi Rumah berpendapatan RM2,500 – RM5,000
Tiada anak: RM0
1-2 anak: RM0
3-4 anak: RM300
Lebih 5 anak: RM500 - Warga Emas: RM200
- Bujang: RM0
- Bujang OKU: RM0
TAMBAHAN RM600 BUAT MISKIN TEGAR
Maklumat lanjut berkenaan tarikh tepat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dimaklumkan kemudian dan perkongsian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda boleh juga rujuk jadual penuh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa di https://budget.mof.gov.my/.