Bayaran BPR Fasa 3 Mulai 28 September, Ini Kadar Bayaran Yang Akan Diterima Setiap Kategori

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September 2021 secara berperingkat. Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 telah diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020/ BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.Seperti dijadualkan, pembayaran fasa pertama telah dibuat mulai penghujung Februari 2021 lalu.

Bayaran fasa kedua juga telah berjaya dibuat kepada penerima pada Mei lalu. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kadar bayaran fasa ketiga BPR 2021 yang dibayar mulai September 2021.

TARIKH BAYARAN BPR 2021

Pembayaran BPR 2021 akan dibuat mengikut fasa seperti berikut:

  • Bayaran Fasa Pertama: 24 Februari 2021
  • Bayaran Fasa Kedua: 7 Mei 2021
  • Bayaran Fasa Ketiga: 28 September hingga 30 September 2021 

Pembayaran fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

KADAR BAYARAN BPR 2021 MENGIKUT FASA

Bayaran BPR 2021 akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa seperti berikut:

Penerima Bayaran Fasa Pertama BPR 2021

i) Kategori Isi Rumah

Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

ii) Bujang

Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

Penerima Permohonan Baharu / Bukan Penerima Fasa Pertama

i) Kategori Isi Rumah

Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

ii) Bujang

Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

Penerima Terlibat Perubahan Status

i) Bujang kepada isi rumah

Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

ii) Isi rumah kepada bujang

Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

Semak: Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021

KAEDAH BAYARAN BPR 2021

Pembayaran BPR 2021 akan dilakukan dengan kaedah berikut:

  • Berjaya kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
  • Tunai di Kaunter BSN
    Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    – Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
    – Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma