Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia menyediakan data mudah alih percuma kepada pelajar universiti bagi memudahkan mereka untuk turut belajar dari rumah. Jika sebelum ini kita dengar bantuan Kad Sim 4G Yes hanya kepada pelajar sekolah, kini pelajar universiti juga layak mendapat manfaat inisiatif ini.

Inisiatif belajar dari rumah oleh YTL Foundation ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dari rumah berjalan dengan lebih lancar.

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pakej dan permohonan Kad Sim Yes 4G percuma untuk pelajar universiti.

PAKEJ KAD SIM YES 4G PERCUMA

Pakej Kad Sim YES 4G percuma ini terdiri daripada:

  • PERCUMA Satu (1) Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES;
  • Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.

CARA MOHON KAD SIM YES 4G PERCUMA PELAJAR UNIVERSITI

Untuk membuat permohonan Kad Sim Yes 4G percuma, anda perlu membuat pengesahan ID di pautan berikut mengikut universiti masing-masing:

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

NEW ERA UNIVERSITY COLLEGE (NEUC)

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG (UMP)

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Pemohon yang layak akan menerima SMS dan emel pengesahan daripada pihak YTL Foundation. Kad Sim 4G percuma akan dihantar oleh agen YTL terus kepada pemohon setelah proses pendaftaran berjaya.

CARA MENGAKTIFKAN KAD SIM YES 4G PERCUMA

Untuk mengaktifkan Kad Sim YES percuma yang diterima, ikuti langkah berikut:

  1. Layari https://shop.yes.my/shop/activate.do.
  2. Masukkan “Order No” (rujuk emel) pada kotak “Order No” dan Nombor Telefon Yes pada kotak “Yes Mobile Number”.
  3. Klik pada butang “Activate” dan kad SIM anda akan diaktifkan dalam masa 2 minit.

Mohon Kad SIM Yes 4G Percuma Untuk Penuntut Universiti, Ditaja Yayasan YTL

Jika anda ingin menyertai program yang ditawarkan ini tetapi universiti anda tidak tersenarai dalam universiti di atas, pihak pengurusan universiti perlu bertindak untuk menulis emel permohonan ke ytlfoundation@ytl.com.my bagi menyertai inisiatif ini.

Kini pelajar universiti juga boleh memulakan pembelajaran dari rumah dengan lebih efektif dengan Kad Sim Yes 4G percuma ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh emel ke learnfromhome.uni@yes.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma