KTM i-Card: Cara Mohon Kad KTM Pelajar & Terima Diskaun 40% Tiket KTM & ETS

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil satu langkah yang memberi kemudahan kepada golongan pelajar sekolah dan juga mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menyediakan kemudahan KTMi-Card.

Melalui KTMi-Card, pelajar dapat menikmati diskaun sehingga 40% bagi setiap pembelian tiket KTM dan ETS. Inisiatif ini jelas dapat meringankan beban pelajar di samping menggalakkan pelajar serta mahasiswa untuk menggunakan pengangkutan awam dan efektif iaitu keretapi.

Selepas ini, mahasiswa yang perlu belajar di luar negeri masing-masing boleh pulang ke kampung halaman dengan tambang yang lebih murah dan jimat!

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan KTM i-card yang telah ditetapkan:

  • Pelajar Sekolah Menengah,Kolej/Universiti di Malaysia
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Yuran tahunan RM35.00 (termasuk GST & Kos Pentadbiran
  • Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau tarikh tamat pengajian yang mana terdahulu.
  • Pelajar yang berumur 24 tahun dan ke atas dikehendaki melampirkan surat pengesahan pelajar yang telah disahkan oleh kolej/Universiti.

KADAR DISKAUN

Pelajar yang memegang kat KTM i-Card boleh buat pembelian tiket dan dapatkan diskaun sebanyak:

  • Kadar diskaun: 40%

CARA MOHON KTM i-CARD

Pemohon yang ingin buat permohonan KTM i-Card boleh mohon dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di dalam laman web KTMB berikut:

Yuran pendaftaran perlu dibayar melalui saluran “Internet banking”. Kad akan dihantar dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat.

CARA BUAT PEMBELIAN TIKET DENGAN DISKAUN

Pemegang KTM i-Card hanya perlu menunjukkan KTM i-Card kepada Kerani Kaunter untuk mendapatkan harga konsesi pelajar.

Untuk pembelian melalui e-ticket dan aplikasi KTM Mobile, pemegang KTMi-Card hanya perlu memasukkan nombor PNR di dalam ruangan yang diminta untuk mendapatkan harga konsesi

Nombor PNR ada dicetak pada KTMi-Card dan juga boleh didapati pada salinan invois yang diemel kepada pemohon atau juga boleh didapati melalui sistem KTMiCard di laman web KTMB.

Boleh, pemohon yang masih belum menerima KTMi-Card boleh membuat pembelian tiket dengan harga konsesi dengan hanya memberikan nombor PNR dan MyKad kepada Kerani Kaunter atau masukkan dalam E-Ticket.

PEMERIKSAAN TIKET

  • Pemegang kad perlu menunjukkan KTMi-Card yang masih sah laku atau kad pengenalan asal semasa pemeriksaan tiket oleh petugas KTMB di premis KTMB dan/atau di dalam tren.
  • Pemohon yang masih belum menerima KTMi-Card boleh membuat perjalanan dengan ETS/Intercity dengan hanya menunjukkan MyKad dan tiket kepada pemeriksa tiket di Pintu pelepasan dan juga di dalam tren.
  • Pemegang KTMi-Card hanya boleh membeli tiket perjalanan sehala atau dua hala tidak melebihi 30 hari dari tarikh pembelian tiket.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma