Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mengikut Kategori
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023. Berapa pula jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 2 hingga 4?
Isi Kandungan
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:
Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah
- Tiada anak: RM1,000
- 1-2 anak: RM1,500
- 3 – 4 anak: RM2,000
- Lebih daripada 5 anak: RM2,500
Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 – RM5,000
- Tiada anak: RM500
- 1-2 anak: RM750
- 3 – 4 anak: RM1,000
- Lebih daripada 5 anak: RM1,250
Warga Emas Bujang
- RM600
Bujang 60 Tahun Ke Bawah
- RM350
Tambahan (Baucar Makanan/ Baucar)
- Miskin Tegar: RM600