Daftar Johor Apprentice: Program Latihan Kerja Di Pentadbiran Kerajaan Negeri Buat Graduan. Elaun Diberikan 

Johor Apprentice 2022 merupakan sebuah program latihan selama 6 bulan bersama kepimpinan pentadbiran kerajaan Negeri Johor dan GLC Negeri Johor. Johor Apprentice merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan khususnya untuk anak jati Johor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara.

Rabutlah peluang ini untuk menimba pengalaman dan peluang untuk membina jaringan kerjasama yang baharu sebagai persiapan untuk menghadapi real-world-challenge. Elaun akan disediakan sepanjang tempoh latihan buat peserta!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran bagi yang berminat.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Johor Apprentice 2022
  • Anjuran: Kepimpinan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan GLC Negeri Johor
  • Jenis program: Program latihan persediaan ke alam kerja
  • Tempoh program: 6 bulan (Jun – November 2022)
  • Lokasi program: Johor
  • Tarikh tutup permohonan: 27 Februari 2022

MATLAMAT PROGRAM

Johor Apprentice merupakan skim latihan di pentadbiran kerajaan Negeri Johor dan syarikat berkaitan dengan matlamat untuk:

  • Membina individu yang berpesonaliti dan berketerampilan dari segi kepimpinan

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Johor Apprentice adalah terbuka kepada anak jati Johor yang berkelayakan seperti berikut:

  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara
  • Anak Kelahiran di negeri Johor
  • Berumur 25 tahun dan ke bawah
  • Komited untuk menjalani latihan sepenuh masa sepanjang enam bulan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi Bahasa Melayu dan Inggeris yang baik
  • Berpengetahuan am yang luas, terutama mengenai negeri Johor, sistem pemerintahan kerajaan, isu-isu semasa dan sebagainya
  • Berkemahiran tambahan seperti kemahiran ICT, kecekapan mengurusan media massa, menyunting video dan lain-lain
  • Keutamaan kepada yang belum bekerja

CARA DAFTAR PROGRAM

Rebutlah peluang ini untuk permulaan membina kerjaya anda terutama buat graduan! Bagi yang berminat untuk sertai program ditawarkan, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 27 Februari 2022. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang permohonan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program Johor Apprentice, anda boleh hubungi Dalyana di talian 019 2662 576 atau terus ke laman facebook rasmi facebook.com/institutdatoonn.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma