PerantiSiswa: Jenis Tablet Percuma Yang Diberikan Kepada Pelajar B40 Seluruh Malaysia

Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 di Malaysia terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 yang melanjutkan pengajian tinggi.

Kerajaan telah memilih tablet yang berkualiti tinggi dengan jaminan bagi memastikan pelajar yang layak mendapat tablet yang berkualiti bagi meneruskan pembelajaran dengan lancar. Permohonan bagi fasa 2 telah diperluaskan lagi kepada 4 kategori pelajar di Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis peranti percuma yang akan diberikan kepada pelajar melalui PerantiSiswa.

JENIS PERANTI YANG DIBERIKAN

Bagi memastikan pembelajaran pelajar di Malaysia berjalan dengan lancar dan mereka yang layak mendapat tablet yang berkualiti, kerajaan telah memilih untuk memberi peranti:

  • Samsung Tab A8 LTE

Peranti yang diberikan ini juga dilengkapi dengan:

  • 2 tahun jaminan

MATLAMAT PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh kerajaan ini bermatlamat untuk membantu pelajar IPT:

  • Menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian
  • Melayari internet untuk tujuan penyelidikan
  • Penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan

KATEGORI PENERIMA DIPERLUAS

Seperti diumumkan baru-baru ini juga, kerajaan ingin memberi manfaat ini kepada lebih banyak kategori pelajar di Malaysia. Bagi fasa kedua, kategori penerima telah diperluaskan kepada:

  • Pelajar Matrikulasi
  • Pelajar Asasi
  • Pelajar Tingkatan 6
  • Pelajar Kolej Vokasional

SYARAT KELAYAKAN & CARA MOHON

Para pelajar yang telah dapat tawaran sambung belajar atau sedang mengikuti pengajian dan memerlukan bantuan peranti yang ditawarkan boleh buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Anda boleh semak syarat kelayakan penuh serta panduan buat permohonan tablet PerantiSiswa di sini:

SYARAT & CARA MOHON PERANTISISWA

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma