Jenis-Jenis Bidang Perakaunan & Peluang Kerjaya Dalam Bidang Ini
Perakaunan merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh mana-mana institusi. Hal ini kerana hampir semua institusi beroperasi berorientasikan keuntungan serta mempunyai hal-hal berkaitan pengurusan melibatkan pengendalian kewangan termasuk belanjawan mengurus, menjaga kemudahan, serta penambahbaikan institusi.
Apa sahaja pengurusan dan urusniaga pasti melibatkan duit dan tugas akauntan untuk mengenalpasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan, penyata belanja supaya memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.
Jika nak tahu lebih lanjut mengenai bidang dalam perakaunan, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
BIDANG UTAMA PERAKAUNAN
Audit
Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.
Analisis Bajet
Seorang penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.
Kewangan
Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.
Pengurusan Kewangan
Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
Cukai
Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.
JENIS KERJAYA PERAKAUNAN
Firma Perakaunan
Satu kumpulan akauntan bekerja dalam satu firma yang menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Terdapat beberapa firma utama yang dominan dalam bidang ini. Kerjaya perakaunan awam akan memberi anda permulaan yang baik di mana anda boleh mendapat menimba pengalaman sebelum mengorak langkah yang lebih jauh.
Kerajaan
Akauntan Kerajaan boleh bekerja di peringkat mana-mana jabatan kerajaan. Menyediakan belanjawan, kos dan menganalisis inisiatif kerajaan.
Sektor Korporat
Kebiasaannya mempunyai seorang akauntan atau jabatan perakaunan yang menyediakan penyata kewangan, kos, mengendalikan cukai dan juga urusniaga utama.
Bebas
Bekerja sebagai akauntan bebas bermaksud menjana pendapatan melalui perniagaan anda sendiri. Memang tidak mustahil untuk anda jadi akauntan bebas Jika anda tuntut ilmu secukupnya.
Dah tahu semua bidang perakaunan yang ada? Jika anda betul-betul berminat teruskan pengajian dalam bidang ini, BACA SINI untuk beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang akauntan bertaulihan.
Baca juga: Kenali Jenis-jenis Bidang Kejuruteraan Yang Ada Dan Peluang Kerjaya Dalam Bidang Ini
Semoga bermanfaat!