Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Sejak akhir-akhir ini, permintaan terhadap pokok keladi semakin meningkat disebabkan kuasa tular media sosial yang menyaksikan harganya kini mampu mencecah RM1,000 – RM10,000.

Pokok keladi tersebut menjadi lebih menarik dan cantik apabila dimasukkan ke dalam pasu hiasan. Sambutan yang memberangsangkan itu menyebabkan pengusaha nurseri tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan peminat pokok tersebut.

Pastilah ada sebab kan kenapa orang sanggup beli dengan harga mahal?

Sebelum ketahui kenapa harganya mahal dan kenali jenis-jenis serta harga keladi terkini, baca serba sedikit mengenai pokok keladi di perkongsian bawah.

KENALI POKOK KELADI

Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus AlocasiaCaladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae. Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara.

Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang dan macam-macam lagi. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

JENIS-JENIS KELADI VIRAL & HARGA TERKINI

Dah tahu asal usul keladi, jom kenali jenis-jenis keladi yang kini viral beserta harga terkini yang ditawarkan!

Monstera Deliciosa Green On Green *Super rare (RM10,000)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Monstera Albo Variegata (RM1,800 – RM4,950)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Monstera Deliciosa Albo (RM2,800)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Monstera Deliciosa ‘Thai Constellation’ (RM1,888)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Philodendron Florida Beauty Variegated (RM950)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Philo Pink Pincess  (RM580)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Keladi Gajah Besar (RM120)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

Keladi Pink (RM30)

Jenis-jenis Keladi & Senarai Harga Terkini. Mahal Bersebab

KENAPA HARGANYA MAHAL?

Bila dilihat dari atas senarai harga keladi-keladi tersebut pasti ada yang tidak sangka kan harga pokok keladi boleh cecah RM10,000? Sesetengah orang mungkin fikir harganya tidak logik, tetapi sebenarnya harganya memang bersesuaian dengan jenis pokok tersebut.

Kenapa mahal?

  • Semakin ‘rare’ jenis pokok tersebut, semakin mahal harganya
  • Jenis pokok yang susah didapati

Kesimpulannya, harga pokok yang mahal tersebut adalah kerana spesisnya yang sangat sukar dicari. Sebab itulah harganya mahal. Anda kena faham, barang ‘rare’ ini memang ada nilai.

Pokok keladi yang viral ini menjadi kegilaan ramai bukan hanya sebab spesisnya yang rare, malah keunikan daunnya yang lain daripada yang lain serta pokok ini boleh dikatakan mudah dijaga. Bukan itu sahaja, pokok-pokok keladi ini juga sesuai dijadikan hiasan dalam rumah kerana ianya tidak memerlukan terlalu banyak pendedahan matahari.

Sudah terjawab semua persoalan anda?

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma