4 Jenis Cuti Pekerja Yang Boleh Dipohon Sepanjang Tahun
Tahu tak, terdapat 4 jenis cuti pekerja yang anda boleh mohon sepanjang tahun? Setiap pekerja di Malaysia dilindungi oleh Akta Kerja 1955 tanpa mengira anda bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa. Undang-undang ini terpakai bagi pekerja di mana-mana sektor sekalipun.
Setiap pekerja perlu ambil tahu jenis-jenis cuti yang disediakan ini bagi memudahkan anda membuat sebarang perancangan tahunan. Anda juga boleh rujuk kepada Pegawai Sumber Manusia di syarikat masing-masing berkenaan cuti yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis-jenis cuti pekerja yang boleh dipohon sepanjang tahun.
Isi Kandungan
4 JENIS CUTI PEKERJA SEPANJANG TAHUN
1. Cuti Kelepasan AM
Setiap pekerja layak untuk mendapat cuti kelepasan am dan ianya adalah berbayar dan gaji anda tidak dipotong sekiranya anda bercuti pada hari berikut:
- Hari Kebangsaan
- Hari Ulang Tahun Yang di Pertuan Agong
- Hari Ulang Tahun Raja/ Sultan/ Yang di Pertuan Negeri
- Hari Pekerja
- Mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Akta hari Kelepasan Am 1951
2. Cuti Sakit
Setiap pekerja juga layak untuk mendapatkan cuti sakit berbayar. Majikan yang potong gaji pekerja yang ambil cuti sakit adalah satu kesalahan. Namun pekerja perlu tahu bahawa peruntukan bilangan cuti sakit berbayar adalah berbeza berdasarkan tempoh bekerja:
Tempoh Bekerja Kurang Dari 2 Tahun
- Cuti sakit yang layak adalah tidak kurang daripada 10 hari dalam setahun
Tempoh Bekerja 2 hingga 5 Tahun
- Cuti sakit yang layak adalah tidak kurang daripada 13 hari dalam setahun
Tempoh Bekerja Lebih 5 Tahun
- Cuti sakit yang layak adalah tidak kurang daripada 15 hari dalam setahun
3. Cuti Rehat
Cuti rehat adalah cuti yang diberi sama ada 1 atau 2 hari dalam seminggu. Setiap pekerja akan menikmati cuti rehat ini setiap minggu tanpa mengira status jawatan sama ada bekerja tetap, kontrak, sepenuh masa atau separuh masa.
4. Cuti Tahunan
Cuti tahunan dalam tempoh tertentu perlu diberikan kepada setiap pekerja dan majikan tidak berhak untuk memotong gaji pekerja yang mengambil cuti tahunan tersebut. Berdasarkan Seksyen 60E (1) Akta Kerja 1955, seorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan berbayar seperti berikut:
- Bekerja kurang dari 2 tahun: Tidak kurang dari 14 hari setahun
- Bekerja antara 2 hingga 5 tahun: Tidak kurang dari 18 hari setahun
- Bekerja untuk lebih 5 tahun: Tidak kurang dari 22 hari
Dah tahu jumlah cuti yang diperuntukkan untuk pekerja ini, boleh lah anda buat perancangan bercuti, berkahwin dan sebagainya. Nak rancang perkahwinan, rujuk tarikh cantik sepanjang tahun 2021 ini. Jika anda ingin merancang percutian, anda boleh rujuk cuti terpanjang sepanjang tahun 2021.
Semoga bermanfaat!