Daftar Jelajah Selangor Bekerja 2021: Lebih 25,000 Peluang Kerja Kosong Ditawarkan
Selangor Bekerja 2021 adalah satu program jelajah kerjaya hasil dari inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor dalam usaha untuk menaikkan taraf ekonomi penduduk dan membangunkan sektor-sektor ekonomi di negeri Selangor.
Program akan bermula pada 23 Oktober 2021 sehingga 27 November 2021 di enam lokasi. Terdapat 25 ribu peluang kerja dari lebih 50 majikan di tawarkan di dalam program jelajah ini. Graduan atau pencari kerja di luar sana dipelawa untuk daftar sekarang!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran bagi yang berminat nak dapatkan pekerjaan.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASARAN
Jelajah Selangor Bekerjaya 2021 mensasarkan permohonan kerja daripada golongan berikut:
- Lepasan graduan
- Penganggur
- Individu kehilangan kerja akibat pancemik Covid-19
LOKASI JELAJAH SELANGOR BEKERJAYA
Individu yang berminat nak mohon jawatan kosong melalui program ditawarkan dan telah buat pendaftaran boleh hadir ke lokasi berikut pada tarikh yang ditetapkan:
- 23 Oktober 2021
– Dewan Jubli Perak Shah Alam - 30 Oktober 2021
– Dewan MDKS Kuala Selangor - 6 November 2021
– Dewan Merdeka Kuala Kubu Baharu - 13 November 2021
– Dewan Demesne Hulu Langat - 20 November 2021
– Dewan Meranti Paya Jaras - 27 November 2021
– Dewan Jubli Perak Shah Alam
Untuk lihat lokasi tepat dan senarai jawatan ditawarkan bagi setiap lokasi, anda boleh rujuk di bawah:
CARA DAFTAR SELANGOR BEKERJAYA 2021
Berminat untuk cara kerja dan mohon melalui program Jelajah Selangor Bekerjaya 2021? Sekiranya minat, anda boleh buat pendaftaran dan ikut langkah-langkah berikut:
- Daftarkan diri anda di laman web www.selangorbekerja.com.my/ untuk menyertai mana-mana sesi program temuduga.
- Log masuk ke dalam sistem dan kemaskini maklumat anda dengan mengisi semua butiran yang di perlukan. Pilih sesi mengikut kesesuaian anda dan tunggu pengesahan dari pihak kami.
- Datang ke sesi temuduga yang anda pilih. Imbas kod QR yang kami berikan untuk memulakan proses temuduga.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian +603 5544 7000 atau emel ke alamat support@selangorbekerja.com.my.