Tawaran Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Dengan Minima SPM
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan ditawarkan.
Pelbagai jawatan kosong ditawarkan dan boleh dimohon dengan kelayakan SPM, STPM, Diplome dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan secara online melalui laman web rasmi kraftangan.gov.my.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
- Taraf jawatan: Tetap
- Tarikh tutup permohonan: 27 Jun 2022
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan:
- Pegawai Ehwal Ekonomi E41
- Pereka B41
- Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
- Penjaga Jentera Elektrik J19
- Pembantu Pegawai Latihan E19
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Semak syarat lengkap bagi setiap jawatan DI SINI.
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online melalui laman web berikut:
Semua lantikan jawatan yang diiklankan adalah secara TETAP. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Jun 2022 (Isnin). Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan ditawarkan, anda boleh terus ke https://kraftangan.gov.my/.