Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29 Dengan Diploma/ STPM & Setaraf

Berminat nak jadi salah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM)? Inilah peluang untuk anda mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 yang ditawarkan oleh APAM melalui laman SPA.

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan kelayakan minima SPM atau setaraf dengannya dipelawa untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Berdasarkan dasar one step lower, individu dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda juga boleh mohon. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan jawatan Pegawai Imigresen melalui SPA9.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Jawatan: Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
  • Jumlah Kekosongan: Kekosongan 3 & Simpanan 35
  • Tarikh tutup permohonan: 10 November 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
    (Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).

dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

DESKRIPSI TUGAS

Tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 adalah:

Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.

CARA MOHON

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 3

Pergi ke bahagian Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi Pilih jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA. Untuk iklan jawatan kosong penuh, anda boleh lihat di sini:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma