Cara Mohon Jawatan Pendidik Di Institusi Pendidikan MARA Seluruh Malaysia 

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited.

Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut serta memenuhi syarat kelayakan dinyatakan dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat nak jadi pendidik.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Nama jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji minimum: RM2,188.00
  • Tarikh tutup permohonan: 25 April 2022

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

BIDANG/ SUBJEK DITAWARKAN

Antara bidang/ subjek yang ditawarkan bagi mengisi kekosongan jawatan di atas adalah:

  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Bimbingan & Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Kimia
  7. Geografi
  8. Logistik
  9. Matematik
  10. Media
  11. Pendidikan Islam
  12. Pendidikan Islam (Tafhiz)
  13. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  14. Pengajian Makanan / Bioteknologi Makanan
  15. Pengurusan Perniagaan
  16. Prinsip Akaun/ Perakaunan
  17. Reka Bentuk teknologi
  18. Sains Komputer
  19. Seni Persembahan
  20. Seni Reka Grafik

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat fizikal dan mental
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau 1 mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam / IPTS dalam dan luar negara dalam bidang/ subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Bagi pemohon bidang/ subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tafhiz Malaysia atau Diploma tahfiz dari Institusi pendidikan Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan/ Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat
  • Mendapatkan surat pengiktirafan sijil/ diploma/ ijazah daripada MQA, KPT untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon)
  • Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cita, kemahiran bahasa asing dan lain-lain
  • Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya

CARA MOHON

Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang/ subjek yang diiklankan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA di pautan berikut:

Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temuduga.

Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan akan ditawarkan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Mereka hendaklah setuju dan patuh dengan syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran beserta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di institusi-institusi pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Pegawai yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan/ Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan.

Hanya pegawai yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pendidikan/ Diploma Pascasiswah Pendidikan dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan untuk pertimbangkan pelantikan tetap.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma