Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

Anda graduan yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon akan ditempatkan di Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia, MOSTI.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)
  • Jawatan: Personal MySTEP Tahun 2023
  • Penempatan: Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia, MOSTI.
  • Kadar Upah: RM2,100 sebulan
  • Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) dan Canva, Adobe Illustrator atau aplikasi grafik seumpamanya
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran multimedia
  • Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik dan boleh bekerja dalam kumpulan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum atau pada 28 Januari 2023 dengan menghantar resume (beserta gambar berukuran passport) melalui emel kepada alamat email berikut:

  • noorfairuz@mosti.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma