Mohon Pelbagai Jawatan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dengan Minima SPM

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini membuka tawaran pelbagai  jawatan kosong! Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti yang diiklankan.

Bagi yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hantar permohonan melalui laman permohonan online dalam tempoh ditetapkan. Pastikan anda mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

Maklumat Jawatan

  • Nama majikan: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  • Taraf jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Jenis jawatan: Pelbagai jawatan
  • Tarikh tutup permohonan: 27 Mei 2024

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengalu-alukan permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam jawatan bertaraf Tetap / Kontrak. Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara untuk memohon.

Senarai Jawatan Kosong

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan oleh MPOB:

BIL  JAWATAN  GRED  GAJI MINIMUM (RM)  GAJI MAKSIMUM (RM) 
1.  PEGAWAI PENYELIDIK Q41 – Q53  2,315.00  13,248.00 
2.  PEGAWAI TADBIR  N41  2,080.00  9,546.00 
3.  PENOLONG JURUTERA  JA29  1,549.00  5,701.00 
4.  JURUFOTOGRAFI  B29  1,499.00  5,679.00 
5.  PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK  Q29  1,496.00  5,676.00 
6.  PENOLONG PEGAWAI TADBIR  N29  1,493.00  5,672.00 
7.  JURUFOTOGRAFI  B21  2,047.00  4,747.00 
8.  PEMBANTU PENYELIDIK  Q19  1,355.00  4,007.00 
9.  PEMBANTU TADBIR (P/O)  N19  1,352.00  4,003.00 
10.  PEMBANTU AWAM  H11  1,218.00  2,939.00 
11.  PEMANDU KENDERAAN  H11  1,218.00  2,939.00 
12.  PEMBANTU OPERASI  N11  1,216.00  2,983.00 

Penetapan gaji permulaan adalah berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon. Selain itu, terdapat juga elaun-elaun tertentu yang ditawarkan seperti Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bantuan Sara Hidup (COLA), dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Syarat Kelayakan

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut:

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Untuk jawatan 1 hingga 9, calon perlu mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Untuk jawatan 10 hingga 12, calon perlu mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja melalui portal MPOB Online di http://onlinejob.mpob.gov.my/
  • Pemohon tidak perlu menghantar salinan sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
  • Hanya pemohon yang mengisi permohonan secara atas talian dan melepasi saringan akan dipanggil temuduga. Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
  • Tarikh tutup iklan jawatan adalah pada 27 Mei 2024, Jam 5:30 Petang. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma