Iklan Permohonan Jawatan Kosong UPM
Permohonan jawatan kosong lebih daripada 30 jawatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) kini dibuka.
Universiti Putra Malaysia dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan untuk mengisi jawatan bertaraf tetap di UPM Kampus Serdang dan Hospital Pengajar UPM
Berikut dikongsikan maklumat lanjut beserta jenis jawatan, syarat permohonan seperti yang diiklankan dan cara membuat permohonan secara atas talian (online).
Isi Kandungan
SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN
Antara senarai jawatan yang ditawarkan oleh pihak UPM adalah seperti berikut.
SYARAT UMUM PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat umum yang perlu dipenuhi bagi membuat permohonan ini.
- Calon mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan:-
a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun; b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. - Calon perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
- Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang- kurangnya keputusan berikut:
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan
CARA MEMOHON
Permohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan (SPJ Online) yang boleh dicapai melalui:
- Laman Web Pejabat Pendaftar UPM
- Laman Web Hospital Pengajar UPM
Perhatian kepada semua pemohon!
- Semua pemohon hendaklah mendaftar DI SINI sebagai pengguna terlebih dahulu.
- Calon tidak perlu menghantar cetakan borang ini dan salinan sijil-sijil kepada pihak kami.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan betul dari segi ejaan, perkataan dan nombor.
- Hanya calon yang memenuhi syarat dalam proses penyaringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Sekiranya calon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan makan permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Mac 2020 (Isnin), jam 5.00 petang.
- Anda dinasihatkan untuk menggunakan pelayar Internet Explorer 5.0 ke atas sahaja bagi membuat permohonan.
Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan, anda boleh dapatkan DI SINI.