Cara Mohon Jawatan Kosong Di Parlimen Malaysia Dengan Sijil SPM
Berminat nak bekerja di Parlimen Malaysia? Lepasan sekolah dengan kelayakan minima SPM/ setaraf atau graduan boleh mohon jawatan sebagai Pembantu Tadbir atau Juruteknik Komputer di Parlimen Malaysia yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang ini! Hantar permohonan anda sekarang sebelum 4 Februari 2022.
Individu yang merupakan warganegara Malaysia dan berkelayakan boleh buat permohonan dengan menghantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat yang dinyatakan. Anda boleh download borang permohonan yang dikongsikan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Jabatan: Parlimen Malaysia
- Nama Jawatan: Pembantu Tadbir N19 & Juruteknik Komputer FT19
- Taraf jawatan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 4 Februari 2022
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Pembantu Tadbir N19
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia/ Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3/3) atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan 4 subjek yang lain di peringkat SPM/ SVM
- Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office
- Telah lengkap vaksin
Juruteknik Komputer FT19
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia/ Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3/3) atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan 4 subjek yang lain di peringkat SPM/ SVM
- Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai:
a) Berpengalaman dan mahir dalam penggunaan komputer
b) Berpengetahuan dalam bidang penyelenggaraan perkakasan komputer
c) Mempunyai pengetahuan asas dalam rangkaian atas talian (Networking) - Telah lengkap vaksin
CARA MEMOHON
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh di muat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my) atau klik pautan berikut:
BORANG PERMOHONAN JAWATAN PARLIMEN MALAYSIA
Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan:
- Gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan)
- Resume
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan MyKad
- Salinan Kelulusan Akademik
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Dokumen sokongan yang berkaitan
Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan perakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).
Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
- Ketua Pentadbir
Parlimen Malaysia
Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran,
Jalan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur
(U.P: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)