1970 Kekosongan Jawatan Ditawarkan Di Negeri Perak. Mohon Sekarang
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) memaklumkan terdapat lagi 1,1970 kekosongan jawatan dalam pelbagai industri yang memerlukan penempatan segera boleh dimohon dan diisi oleh rakyat negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, berkata mereka yang sedang mencari pekerjaan diseru mengambil peluang yang ditawarkan oleh industri melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Jangan lepaskan peluang ini, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat permohonan jawatan.
Isi Kandungan
LEBIH 2,000 KEKOSONGAN DITAWARKAN
Sebanyak 2,247 jawatan kosong dimaklumkan kepada PASAK bermula Jun sehingga September lalu meliputi sektor pembuatan 770 kekosongan, automotif (881); perkhidmatan (122) dan lain-lain sektor, 474.
Namun daripada sejumlah 1,664 pencari kerja yang mendaftar di bawah PASAK, hanya 277 pencari kerja yang berjaya atau disenarai pendek oleh industri sehingga kini.
Kini masih terdapat 1,970 kekosongan jawatan kosong yang boleh dimohon dan diisi oleh rakyat negeri Perak. Industri menghadapi masalah kekurangan permohonan daripada warga tempatan untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan khususnya untuk perjawatan sokongan dalam industri pembuatan.
CARA MOHON KEKOSONGAN JAWATAN
Justeru itu, kerajaan negeri amat menggalakkan pencari kerja untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan dengan menghubungi PASAK melalui talian berikut:
- Tel: 05 3183290
Anda juga boleh layari Facebook Pusat Aspirasi Anak Perak/PASAK untuk memperoleh informasi terkini berkaitan peluang pekerjaan di negeri Perak.
Peluang latihan kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh kerajaan negeri harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan kebarangkalian mereka untuk diterima bekerja atau menceburi bidang keusahawanan dalam industri kecil dan sederhana.