Cara Mohon Jawatan Kosong Di Pejabat MARA Dengan Minima PMR/ PT3
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovatif, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan.
Lepasan graduan yang memenuhi syarat ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon jawatan secara kontrak di pusat pentadbiran MARA seperti diiklankan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja.
Semak syarat kelayakan dan info lanjut jawatan yang ditawarkan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Taraf jawatan: Kontrak
- Lokasi Kekosongan: MARA, Sabah
- Tarikh Tutup Permohonan: 19 Disember 2022
SENARAI JAWATAN
Antara jawatan kosong ditawarkan adalah:
- Pembantu Operasi N11
- Pemandu Kenderaan H11
SYARAT LANTIKAN
Berikut adalah syarat utama lantikan yang perlu dipenuhi oleh setiap calon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
CARA MOHON JAWATAN MARA
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar keterangan peribadi (Resume dan Gambar ukuran pasport) kepada alamat berikut:
- Pengarah,
MARA Negeri Sabah
Blok J Ruang Singgah Mata 4,
Asia City, Peti Surat 11040
88609 Kota Kinabalu - Tel: 088 211011/ 088 211012
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.