Pengambilan Anggota JPJ Seluruh Negara Dibuka, Ini Panduan Lengkap Permohonan

Adakah anda berminat untuk bekerja dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?

Untuk makluman JPJ sentiasa membuka peluang permohonan untuk pelbagai jawatan yang ditawarkan. Anda yang berkelayakan boleh memohon pada bila-bila masa melalui laman permohonan SPA9.

Walau bagaimanapun, pengambilan jawatan di JPJ tertakluk kepada kekosongan semasa. Biasanya, JPJ membuka tawaran pengambilan bagi seluruh negara. Nak tahu jenis jawatan yang ditawarkan di JPJ dan syarat kelayakan untuk mohon kerja di JPJ?

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai tawaran jawatan kosong di JPJ dan panduan cara memohon.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Jawatan kosong dibuka: Pembantu Penguatkuasa KP19 & Pemeriksa Kereta Motor AB19
  • Kekosongan: Tertakluk kepada pengambilan semasa
  • Lokasi: Seluruh Negara
  • Tarikh tutup: Dibuka sepanjang masa

SYARAT KELAYAKAN

Senarai penuh jawatan ditawarkan di JPJ dan semakan kelayakan bagi setiap jawatan di JPJ boleh dibuat di laman berikut:

SYARAT KELAYAKAN KERJA JPJ

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pergi ke bahagian SPM/ Setaraf . Pilih jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 atau Pembantu Penguat Kuasa KP19 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

PENGAMBILAN TERKINI YANG DIBUKA

JPJ kini sedang membuka pengambilan jawatan sehingga 4 Jun 2024 seperti berikut:

  • Pembantu Penguatkuasa KP19
  • Pemeriksa Kereta Motor AB19

 

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma