Cara Mohon Jawatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Kekosongan Pembantu Awam, Pembantu Penyelidik & Pelbagai Jawatan Lain
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan permohonan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Majikan: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Lokasi Kekosongan: Selangor, Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 01 Julai 2020
Kekosongan Jawatan:
- Pembantu Awam Gred H11
- Pengawas Hutan Gred G19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Penyelidik Gred Q19
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
Calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Selain itu, calon mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Berpewatakan menarik
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain
Semak syarat kelayakan yang diperlukan bagi setiap jawatan di pautan ini:
KELEBIHAN JAWATAN
Antara kelebihan jawatan yang ditawarkan adalah:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit dan lain-lain
CARA MEMOHON
Permohonan kerja kosong bagi jawatan yang ditawarkan boleh dilakukan secara online melalui Sistem Permohonan Jawatan Online FRIM. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Klik Daftar Akaun Baru.
Selesai membuat pendaftaran akaun, anda boleh log masuk ke sistem untuk membuat permohonan.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat terkini dan buat permohonan di dalam sistem ini sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 1 Julai 2020. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.