Jawatan Kosong DBKL MySTEP. Dibuka Untuk Lepasan SPM, Diploma & Ijazah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini membuka peluang pekerjaan melalui Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan. Peluang ini sangat sesuai untuk lepasan SPM, Diploma/STPM dan Ijazah Sarjana Muda yang ingin mendapatkan pengalaman bekerja di agensi kerajaan.

Pengambilan ini dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian (online) melalui Sistem Recruiting DBKL. Calon hanya perlu membuat permohonan di laman rasmi yang disediakan tanpa perlu memuat naik sijil atau resume pada peringkat awal.

Berikut ialah maklumat jawatan yang ditawarkan serta panduan lengkap permohonan.

Senarai Jawatan Ditawarkan Mengikut Kelayakan

Tahap KelayakanJawatan
Setaraf Ijazah Sarjana MudaJurutera (Elektrik)
Setaraf Diploma / Sijil STPMPenolong Pegawai Tadbir
Penolong Akauntan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Sijil SPM / SVM / SKMPembantu Tadbir (Kewangan)

Cara Mohon Jawatan DBKL MySTEP

Semua permohonan hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN SAHAJA melalui Sistem Recruiting DBKL di pautan berikut:

Pautan Permohonan Rasmi:
https://career.dbkl.gov.my

Maklumat Penting Berkaitan Permohonan

Tarikh Penting Permohonan

  • Tarikh Buka Iklan: 26 Januari 2026
  • Tarikh Tutup Iklan: 09 Februari 2026

Maklumat Tambahan Untuk Calon

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon disarankan untuk membaca manual sistem serta memastikan kelayakan diiktiraf sebelum membuat permohonan bagi melancarkan proses permohonan dalam sistem.

Pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh tutup yang ditetapkan melalui pautan rasmi yang diberikan.

You might also like

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma