Cara Mohon Jawatan Kerani & Khidmat Pelanggan Di KTMB Terbuka Buat Lepasan SPM
Berminat nak bekerja di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)? KTMB kini buka peluang untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Kerani dan Khidmat Pelanggan buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berkelayakan.
Jika berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menggunakan sijil SPM sahaja! Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman rasmi khas yang disediakan iaitu E-Recruitment KTMB. Pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 27 Januari 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SPESIFIKASI TUGAS
- Sentiasa peka dengan arahan semasa unit berkaitan
- Menerima maklumbalas dan aduan pelanggan melalui telefon
- Merekod maklumbalas dan aduan pelanggan melalui telefon
- Merekod maklumbalas yang diterima ke dalam sistem pengurusan aduan
- Memberi layanan ke atas setiap panggilan yang diterima mengikut piawaian yang ditetapkan
- Memproses maklumbalas dan aduan yang diterima dengan menyelesaikannya atau membantu tetamu membuat pilihan atau membantu menyalurkan mengikut saluran yang betul.
- Mendapatkan maklumat daripada unit atau jabatan lain dalam usaha membantu menyelesaikan aduan tetamu
- Menghubungi tetamu semula untuk memaklumkan hasil siasatan/ keputusan/ ketetapan ktmn berhubung isu yang ditimbulkan
- Mencatat dan merekod maklumat penting berkaitan aduan tetamu dan menyalurkan kepada penyelia atau pegawai khidmat pelanggan jika aduan tidak dapat diselesaikan atau memerlukan perhatian daripada pihak pengurusan
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Lulus dalam peperiksaan Sijil pelajaran malaysia atau setaraf dengannya mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris
- Boleh Berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Berkemahiran dalam penggunaan komputer
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Perlu mematuhi arahan daripada ketua kerja dari masa ke semasa selagi tidak melanggar polisi syarikat
CARA MOHON
Tarikh akhir permohonan adalah 27 Januari 2022. Bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online melalui E-Recruitment KTMB di pautan berikut:
Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan ditawarkan, anda boleh terus ke laman https://www.ktmb.com.my/