Cara Mohon Jawatan Kerani Di FELDA Melalui Email Dengan Minima SPM/ Diploma
Tawaran peluang pekerjaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan terbuka buat warganegara Malaysia yang berkelayakan! Pemohon yang layak dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Kerani yang bertaraf kontrak seperti yang diiklankan.
Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui email sehingga 19 Ogos 2022. Penempatan bagi calon yang berjaya adalah di Kuala Lumpur.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Syarikat Kumpulan FELDA
- Nama jawatan: Kerani Perolehan
- Taraf jawatan: Kontrak
- Penempatan: Kuala Lumpur
- Tarikh tutup permohonan: 19 Ogos 2022
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon hendaklah memiliki Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia atau lain-lain yang berkaitan
- Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam bidang perolehan
- Mahir menggunakan sistem perolehan khususnya sistem SAP
DESKRIPSI TUGAS
Tugas bagi jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Mendapatkan sebutharga dan membuat analisa perbandingan harga daripada pembekal
- Membantu urusan semakan harga dengan pembekal atau pemohon
- Membantu urusan spesifikasi produk/ keperluan untuk urusan perolehan
- Menyimpan dan merekod setiap Pesanan Pembelian, sebutharga dan lain-lain dokumen yang berkaitan
- Menjalankan lain-lain tugas sebagaimana diarahkan
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui emel. Hantarkan permohonan ke alamat emel berikut:
- fazira.j@fic.net.my
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi atau ke alamat berikut:
- FIC SUPPLIES SDN BHD
Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur - Tel: +603 2617 5000
- Laman web: www.ficsupplies.com.my