Cara Mohon Jawatan Kosong Di Kementerian Kerja Raya Malaysia, Pengambilan Seluruh Malaysia

Berminat nak dengan Kementerian Kerja Raya Malaysia? Berita baik buat warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mohon jawatan seperti yang diiklankan. Tawaran jawatan kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia dibuka bagi pengambilan seluruh Malaysia.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dengan mudah. Untuk mohon pengambilan yang dibuka ini, pastikan anda mohon selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2022.

Nak tahu info lanjut berkenaan jawatan kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia yang ditawarkan dan panduan buat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Kerja Raya Malaysia
  • Nama Jawatan: Jurukur Bangunan Gred J41 & Arkitek Gred J41
  • Lokasi: Seluruh Malaysia
  • Tarikh tutup: 19 Oktober 2022

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Akademik Juruukur Bangunan Gred J41

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (semak senarai program pengajian yang layak di bawah)

Syarat Akademik Arkitek  Gred J41

  • Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pergi ke bahagian IJAZAH . Pilih jawatan Jurutera Gred J41 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN KOSONG

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma