Cara Mohon Jawatan Kosong Di Jabatan Perikanan Malaysia Melalui Email
Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perikanan G41 yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Jabatan Perikanan Malaysia amat menggalakkan calon yang berkelayakan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat sehingga 10 Februari 2023 melalui email.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap membuat permohonan jawatan Pegawai Perikanan G41
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Perikanan Malaysia
- Jawatan: Pegawai Perikanan G41
- Taraf jawatan: Contract of Service (Cos)
- Penempatan: Ibu Pejabat Perikanan, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Kekosongan: 3
- Tarikh tutup permohonan: 10 Februari 2023
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah sarjana muda dalam bidang sains/ sains (perikanan) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DESKRIPSI TUGAS
Tugas seorang Pegawai Perikanan G41 adalah:
CARA MOHON
Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil vaksinasi lengkap
- Transkrip akademik
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Dokumen dengan pengesahan mestilah dihantar ke alamat berikut:
- Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 4, Blok 4G2, Wisma Tani,
Jabatan Perikanan Malaysia
No.30 Persiaran Perdana
Presint 4, 62628 W.P Putrajaya
(u.p.: Puan Nur Awanis binti Muhaiyadin)
ATAU
- Emel: nurawanis@dof.gov.my
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menghadiri sesi temuduga.