Cara Mohon Jawatan Eksekutif Pemasaran Di PTPTN Dengan Kelayakan Minima SPM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Kini, PTPTN mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dengan memiliki minima SPM serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf  kontrak seperti yang diiklankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan yang ditawarkan dan cara untuk mohon.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jenis Jawatan: Eksekutif Pemasaran (Kontrak)
  • Lokasi: PTPTN Pulau Pinang
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Januari 2023
  • Gaji ditawarkan: RM1,600 sebulan
  • Insentif: Komisen berdasarkan prestasi

SYARAT LANTIKAN

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurangkurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
  • Keutamaan diberi kepada calon :
    – Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
    – Perwatakan menarik;
    – Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
    – Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
    – Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
    – Berkebolehan menganalisa dengan baik;
    – Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
    – Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
    – Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)

CARA MOHON

Individu yang berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan kemukakan resume yang lengkap beserta 1 salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dan Lesen Memandu ke alamat email berikut:

  • noorasheqah@ptptn.gov.my

Permohonanmestilah dihantar selewat-lewatnya 10 Januari 2023 (Selasa) jam 11 pagi bagi mengelakkan permohonan anda ditolak

Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif. Calon akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan temu duga dan melalui telefon bagi makluman keputusan temu duga (bagi calon berjaya sahaja).

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma