Cara Mohon Pelbagai Jawatan Di Dewan Bahasa & Pustaka Dengan Sijil SPM
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk memohon pelbagai jawatan yang ditawarkan bertaraf tetap.
Permohonan boleh dibuat dengan minima kelayakan SPM/STPM/ Diploma dan Ijazah. Graduan dan lepasan SPM dipelawa untuk mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Pastikan anda buat permohonan selewat-lewatnya 31 Disember 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Jenis jawatan: Pelbagai
- Taraf perkhidmatan: Tetap
- Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2022
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan dan penempatan bagi setiap jawatan:
- Penjaga Jentera Elektrik J19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
- Pembantu Penerbitan N19
SYARAT LANTIKAN
Semak syarat lantikan dan kadar upah bagi setiap jawatan ditawarkan boleh disemak di pautam berikut:
CARA MOHON
Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut:
Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi nombor telefon atau emel berikut:
- Tel: 03 21470331 (bantuan teknikal) / 03 21479346 (pertanyaan umum)
- Emel: pengambilan@bdp.gov.my