Mohon Skim Jauhar Prihatin Johor, Sewa Rumah Sambil Menabung
Jauhar Prihatin merupakan Skim Sewa Beli Hartanah Johor yang dirangka dengan terperinci untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dan Rakyat Negeri Johor mencapai matlamat 1 Keluarga 1 Rumah.
Jauhar Prihatin menyasarkan golongan M40 dan B40 sebagai sasaran utama perlaksanaannya. Skim ini juga menyediakan satu platform untuk golongan ini memiliki rumah mereka sendiri dalam masa kurang daripada 5 tahun.
Isi Kandungan
BAGAIMANA SKIM INI MEMBANTU RAKYAT
Konsep sewa sambil menabung ini juga akan menjadikan setiap peserta mampu memiliki unit kediaman sendiri dengan menabung / mengumpul wang pendahuluan sebelum membeli rumah yang telah ditetapkan harga jualan dari mula menyewa.
Secara ringkasnya, Skim Jauhar Prihatin johor memberi peluang untuk para penyewa memiliki sesebuah rumah idaman setelah menyewa melalui Skim ini selama lima tahun. Harga rumah yang ditawarkan kekal sama dengan harga asal sewaktu perjanjian jual beli yang ditandatangani sewaktu awal penyewaan.
Sebahagian sewa bulanan yang dibayar selama 5 tahun akan dijadikan wang deposit untuk membayar rumah tersebut.
Jauhar Prihatin ni akan menjadikan peserta benar-benar bersedia untuk layak dari segi kewangan untuk mendapatkan pinjaman bank / institusi kewangan yang sebelum ini mereka gagal memperolehinya.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat wajib dipenuhi untuk membuat permohonan adalah:
- Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Johor lebih dari 10 tahun.
- Berusia lingkungan 18 – 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
- Pendapatan kasar isi rumah RM1,500 – 10,000 sebulan (mengikut katogeri rumah yang dipohon).
- Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / merupakan rumah pertama.
- Pemohon tidak muflis.
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor.
UNIT RUMAH DITAWARKAN
Berikut adalah senarai unit rumah yang ditawarkan di lokasi-lokasi tertentu:
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan untuk mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran pemohon
- Salinan Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran pasangan
- Salinan Kad Pengenalan serta Sijil Kelahiran anak-anak
- Bukti alamat kediaman sekarang (salinan Bil telefon, elektrik atau bil air)
- Salinan Sijil Perkahwinan
- Salinan Geran Hakmilik individu
- Slip gaji 3 bulan terkini dan telah mendapat pengesahan majikan
- Penyata tahunan EPF
- Borang J/ EA Form
- Surat Pengesahan Majikan
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Surat Pendaftaran Perniagaan (SSM) – Sekiranya bekerja sendiri
- Penyata bank terkini untuk 6 bulan (sekiranya perniagaan sudah melebihi setahun)
- Penyata bank untuk setiap bulan (sekiranya perniagaan kurang dari setahun)
CARA MEMOHON
Untuk membuat permohonan, muat turun borang permohonan Jauhar Prihatin yang disediakan di bawah. Lengkapkan borang permohonan dan hantarkan bersama dokumen sokongan di atas melalui pos atau hadir ke pejabat Generasi Takzim Sdn. Bhd di alamat berikut:
- Generasi Takzim Sdn. Bhd.
G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay,
Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor - Tel: 07 2358000 / 07 2358377
- Whatsapp: 010 4078377
Download borang permohonan Jauhar Prihatin di bawah: