Jangan Masuk Ke Kedai Makan atau Restoran Yang Tidak Amalkan SOP Semasa PKP Ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada hari ini yang menyaksikan sektor ekonomi dibuka semula secara terkawal.
Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan koronavirus (Covid-19) yang masih tidak dibenarkan.
Kedai makan dan restoran antara yang disenaraikan sebagai perniagaan yang dibenarkan beroperasi tetapi dengan SOP yang ditetapkan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kedai makan atau restoran yang tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan semasa PKP ini.
Ketahui SOP yang telah ditetapkan bagi restoran, gerai makan, food truck dan lain-lain mulai 4 Mei 2020.
SOP BAGI RESTORAN / GERAI MAKAN / FOOD TRUCK DAN LAIN-LAIN MULAI 4 MEI 2020
Antara SOP yang perlu kedai makan, restoran, food truck dan lain-lain patuhi adalah seperti berikut:
- Penjarakkan sosial & Kawalan Bilangan Pelanggan
– Meja makan disusun sekurang-kurangnya 2 meter antara satu sama lain
– Setiap meja juga perlu diletakkan notis hanya untuk seorang, atau dua orang mengikut kepada saiz meja.
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan masuk ke premis pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial - Buat garisan di lantai depan kaunter bayaran
– Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. - Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran
– Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.
– Sediakan penyembur pembersih meja yang mencukupi. Pastikan selepas pelanggan makan, bersihkan meja segera sebelum pelanggan lain duduk. - Sediakan face mask kepada pekerja.
– Pastikan pekerja memakai face mask setiap masa. - Periksa suhu badan pelanggan
– Periksa suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke restoran - Catat nama, no.kad pengenalan, no. telefon pelanggan, suhu badan (pelanggan & pekerja), tarikh dan masa mereka datang ke restoran.
Minda masyarakat perlu berubah dan menerima hakikat realiti normal baharu dalam menjalani kehidupan harian, supaya sama-sama mencegah penularan COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB) bermula hari ini. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pastikan anda masuk ke kedai makan atau restoran yang hanya mengikuti SOP yang ditetapkan.