Pengoperasian MRSM Serta Tarikh Pendaftaran Pelajar Terkini Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP 

MRSM menyediakan sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2021 dan telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM, kini anda boleh buat semakan jadual pendaftaran dan persekolahan pelajar bagi sesi 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pendaftaran dan persekolahan pelajar MRSM tahun 2021.

PENGOPERASIAN MRSM DI SETIAP KAWASAN

Susulan pengumuman Perdana Menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan PKPP di kawasan-kawasan tertentu, pengoperasian MRSM dan tarikh kemasukan adalah berbeza mengikut kawasan.

Semak kaedah pembelajaran dan tarikh kemasukan MRSM di kawasan PKP, PKPB dan PKPP di bawah:

Pengoperasian MRSM Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP Serta Tarikh Pendaftaran Pelajar Terkini

Tarikh pendaftaran pelajar bagi kawasan PKP akan dimaklumkan kemudian memandangkan semua sekolah ditutup di kawasan PKP buat masa ini.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma