Jadual Kelas Kafa Di TV AlHijrah Buat Semua Pelajar Setiap Hari Jam 4.30 Petang

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan sesi pembelajaran di rumah atau PdPR.

Bagi menjamin pendidikan agama di kalangan pelajar terutama di peringkat sekolah rendah, slot kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bakal disiarkan setiap hari di TV AlHijrah menggantikan kelas KAFA secara bersemuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya mengambil maklum tentang kerisauan ibu bapa berkenaan kelas KAFA anak-anak mereka.

Oleh itu, ibu bapa boleh semak jadual kelas KAFA setiap hari di TV AlHijrah bagi bersiap sedia dengan pembelajaran KAFA anak-anak.

PELAKSANAAN KAFA DI TV ALHIJRAH

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata slot pendidikan itu akan dapat membantu pelajar dari kumpulan B40 terutama yang mempunyai masalah capaian internet yang terhad.

“Pendidikan atas talian sangat penting, namun kita masih perlu perakui, capaian masih belum sepenuhnya.

“TV AlHijrah akan melaksanakan kelas KAFA yang mana murid dan pelajar boleh tonton setiap hari selama setengah jam dan ulangan hari sama bagi subjek tersebut.

JADUAL KELAS KAFA DI TV ALHIJRAH

Untuk makluman semua, slot pendidikan itu akan disiarkan setiap hari pada ketetapan berikut:

  • Hari: Setiap hari (Isnin hingga Ahad)
  • Masa: Jam 4.30 petang
  • Ulangan: Pada hari yang sama jam 6.30 petang

Isnin

  • Akidah dan Ibadah

Selasa

  • Sirah

Rabu

  • pendidikan Jawi dan Khat

Khamis

  • Pendidikan Adab

Jumaat

  • Pengajian Lughatul Quran

Sabtu

  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Ahad

  • Amali Solat dan Bidang Quran

Slot KAFA mengikut ketetapan di atas boleh ditonton di saluran 114 TV AlHijrah melalui semua platform Myfreeview, Astro, Astro Njoih, Unifi TV, Sirius TV dan penstriman di laman Facebook TV AlHijrah.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma