Semak Jadual Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021
Bagi yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang ditetapkan. Sekiranya anda masih belum terima bayaran atau gagal dikreditkan, anda boleh kemaskini akaun bank di portal i-Lestari Online atau terima Cek Jurubank daripada KWSP.
Baca sini: Lestari KWSP Gagal Kreditkan Ke Akaun? Ini Cara Kemaskini Maklumat Yang Perlu Anda Lakukan
Untuk makluman anda, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan Januari 2021 dijangka akan dikreditkan mulai 4 Januari 2021 ke akaun bank secara berperingkat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Disember 2020.
Isi Kandungan
TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP BULAN JANUARI 2021
Bagi yang telah membuat permohonan, anda boleh semak tarikh pembayaran bagi bulan Januari 2021 di jadual berikut:
PERMOHONAN BARU PENGELUARAN I-LESTARI
Pengeluaran i-Lestari adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh penularan COVID-19.
Sekiranya anda berhasrat untuk membuat permohonan baru untuk pengeluaran i-Lestari, anda dinasihatkan untuk buat permohonan sebelum atau pada 31 Mac 2021. Semakan status pengeluaran i-Lestari boleh disemak secara online di portal i-Lestari.
Pengeluaran i-Lestari adalah daripada Akaun 2 KWSP sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan berikutnya. Syarat minimum pengeluaran adalah RM50 manakala maksima adalah RM500. Permohonan baru boleh dibuat melalui pautan berikut:
SEMAKAN BAKI & TRANSAKSI BAYARAN I-LESTARI KWSP
Bagi anda yang ingin membuat semakan baki / penyata KWSP dan transaksi bayaran i-Lestari, anda boleh lakukan secara atas talian. Klik pautan berikut untuk semak penyata:
SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI
Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan status pengeluaran i-Lestari:
- Pergi ke laman ilestari.kwsp.gov.my
- Klik SEMAK STATUS
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik butang SEMAK
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pengeluaran i-Lestari KWSP, anda boleh hubungi talian hotline KWSP di 03 8922 4848.
Bagi individu yang terkesan dari segi pendapatan dengan penularan wabak Covid-19 boleh membuat permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar. Baca info lanjut pengeluaran DI SINI.