Intipati Pelan Pemulihan Negara: Antaranya Kebenaran Rentas Negeri Hujung Tahun 2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021 semalam telah membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandmik Covid-19. Antara salah satu intipati yang diberi perhatian adalah kebenaran merentas negeri yang dijangka hujung tahun ini.
Mungkin ramai yang ternanti-nantikan perkara tersebut. Sebelum itu, ketahui dulu intipati penuh strategi yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa dan akan membabitkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut intipati Pelan Pemulihan Negara.
Isi Kandungan
INTIPATI PELAN PEMULIHAN NEGARA
Antara intipati yang diumumkan dalam Pelan Pemulihan Negara adalah:
- Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini
- PM Muhyiddin umum Strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi empat fasa, libatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat
- Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000 – PM Muhyiddin
4 Fasa Pelan Peralihan PKP
Fasa Pertama – Sedang berlangsung
Fasa Kedua:
- Aktiviti sosial, rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa fasa 2 PKP
- Kerajaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam Fasa Kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis
Fasa Ketiga:
- Semua aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa fasa tiga PKP tertakluk kepada SOP dan had kapasiti
- Dalam Fasa Ketiga PKP, semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup
- Fasa Ketiga PKP dilaksanakan sekiranya negara berjaya capai nilai ambang iaitu purata kes harian COVID-19 bawah 2,000 kes – PM Muhyiddin
- Sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa tiga PKP, sekitar September atau Oktober
Fasa Keempat
- Fasa Keempat PKP dilaksanakan sekiranya negara berjaya capai kes harian bawah 500
- Perjalanan rentas negeri dijangka dibolehkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan negara iaitu sekitar bulan November dan Disember 2021
- Fasa 4 dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity selewatnya pada akhir tahun ini.Pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat
Pelan yang disediakan ini adalah bersandarkan data serta sains yang diperoleh daripada sudut pengurusan pandemik, ekonomi dan vaksinasi negara sehingga ke peringkat negara mencapai imuniti kelompok.
Ia bertujuan menggariskan jalan keluar bagi negara daripada pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini, yang turut memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.