MAIWP Tawarkan Institut Perlindungan Untuk Wanita Bermasalah Dibuka Sepanjang Tahun

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan perlindungan kepada wanita-wanita yang sedang menghadapi masalah seperti terjebak dalam masalah gejala sosial melalui Dar Assaadah, iaitu Institut Perlindungan untuk wanita bermasalah.

Kemasukan adalah terbuka kepada wanita yang memenuhi syarat kelayakan dan mereka layak mendapatkan perlindungan maksimum 2 tahun. Sekiranya anda ingin membuat permohonan kemasukan, anda boleh terus ke lokasi dinyatakan pada masa ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran institut dan panduan buat permohonan kemasukan.

MAKLUMAT INSTITUT

  • Nama institut: Dar Assaadah Institut Perlindungan Untuk Wanita Bermasalah MAIWP
  • Tempoh perlindungan: Maksimum 2 tahun
  • Tarikh kemasukan: Terbuka sepanjang tahun kemasukan

KEMUDAHAN & FUNGSI

Antara kemudahan dan fungsi Institut Perlindungan Untuk Wanita Bermasalah MAIWP adalah:

  • Menyediakan tempat tinggal dan perlindungan sementara
  • Memberi bimbingan agama dan akhlak (bermodul)
  • Menyediakan kemudahan latihan vokasional (Kemahiran Berfokus)

SYARAT KEMASUKAN

Antara syarat kemasukan ke Institut Perlindungan Untuk Wanita Bermasalah MAIWP adalah:

  • Wanita beragama Islam
  • Warganegara
  • Mestilah sukarela
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Bebas dari penyakit berjangkit, HIV, gangguan mental dan pengaruh dadah

CARA MOHON KEMASUKAN

Sekiranya anda ingin membuat permohonan kemasukan ke Institut Perlindungan Untuk Wanita Bermasalah dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan hadir ke alamat pada masa berikut:

  • Dar-asaa’adah, 48196,
    Lorong Laut, Kampung Batu Delima,
    52000 Kuala Lumpur
  • Waktu urusan: 8 pagi hingga 5 petang

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03 92576864.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma