Permohonan Insentif Rawatan Tibi Selangor, Bantuan Rawatan RM800

Insentif Rawatan Tibi telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin bagi membantu meringankan beban rakyat untuk mendapatkan rawatan penyakit tibi.

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dipelawa untuk mohon bantuan rawatan yang berjumlah RM800.

Semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor
  • Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan / klinik kesihatan / pusat perubatan / Institut Perubatan Respiratori
  • Sedang menerima rawatan tibi secara aktif
  • Pemohon yang lahir di luar Selangor namun mendapat rawatan di hospital atau klinik kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar dalam Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori layak memohon dengan syarat hendaklah bermastautin di Negeri Selangor.

KADAR BANTUAN

Pembayaran bantuan akan dibuat kepada pemohon yang layak melalui 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – RM200
  • Fasa 2 – RM200
  • Fasa 3 – RM400

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila kemukakan dokumen sokongan dibawah bersama borang permohonan bagi mengelakkan kelulusan ini dibatalkan:-​

  • Memo / Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi
  • Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E)
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank
  • Salinan dokumen pengesahan pemastautin di Selangor (contoh: Bil air, bil elektrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan).

CARA MEMOHON

Berikut adalah panduan membuat permohonan bantuan rawatan:

  1. Download Borang Permohonan Insentif Rawatan Tibi di bawah
  2. Lengkapkan borang IRTB tersebut
  3. Hantar dokumen yang diperlukan beserta borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada Selcare Management melalui email di alamat gl@selcare.my

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 1-800-22-6600 yang beroperasi 24 jam. Klik butang di bawah untuk download borang permohonan.

BORANG INSENTIF RAWATAN TIBI

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma