Permohonan Insentif Galakan Nelayan (INGEN) Sehingga RM15,000 Kini Dibuka

Bagi membantu golongan nelayan, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan bantuan Insentif Galakan Nelayan (INGEN). Insentif ini diperkenalkan bagi membantu nelayan membeli kelengkapan, alatan dan baik pulih bot dengan geran bantuan sehingga RM15,000 seorang tertakluk kepada kelayakan dan pengesahan yang dibuat.

Sebanyak RM500,000 dana telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan 2022 bagi insentif ini. Insentif ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri prihatin dan peka dengan penderitaan yang dialami oleh nelayan pantai ini dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Insentif Galakan Nelayan (INGEN) tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Februari – 28 Februari 2022

SKOP BANTUAN

Insentif Galakan Nelayan (INGEN) merupakan bantuan oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang akan diberikan bagi pembelian:

  • Sampan; atau
  • Enjin; atau
  • Peralatan menangkap ikan

Geran bantuan yang disediakan kepada setiap nelayan adalah:

  • RM5,000 – RM15,000

Setiap nelayan boleh mohon satu skop bantuan sahaja dengan had maksimum yang telah ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk permohonan:

  • Memiliki Lesen Sampan yang berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Memiliki kad Pendaftaran Nelayan
  • Keutamaan kepada pemohon yang berdaftar sebagai Ahli Persatuan Nelayan Kawasan di Negeri Sembilan
  • Hanya satu skop permohonan bagi setiap permohonan

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 28 Februari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di:

  • PNK Port Dickson
  • PNK Telok Kemang

Setiap permohonan yang diterima akan disemak, disiasat dan dinilai oleh ahli jawatankuasa INGEN yang terdiri daripada Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi LKIM Negeri Sembilan di talian +606 675 1911 atau emel ke alamat lkim.negerisembilan@gmail.com

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma