BERKAT PKP 2.0: Bantuan Tablet Percuma Buat Pelajar & 7 Bantuan Rakyat Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu pada Khamis lalu telah mengumumkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (Berkat) 2021 dengan peruntukan sebanyak RM19 juta bagi membantu rakyat negeri ini yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Antara insentif Berkat 2021 yang diumumkan adalah sumbangan sebanyak 1,600 tablet kepada pelajar miskin bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) yang akan disalurkan melalui anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Terdapat juga beberapa inisiatif lain di bawah Berkat 2021 bagi meringankan beban semua golongan di negeri Terengganu.

SENARAI BANTUAN BERKAT 2021

Berikut adalah senarai bantuan di bawah pakej Berkat yang kan memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang terjejas:

1. Bakul Makanan

  • Bakul makanan diberikan kepada 81,000 penerima bantuan JKM dan asnaf yang layak

2. Bantuan Tunai RM100

  • Bantuan RM100 kepada pekerja yang TERJEJAS sepanjang PKP 2.0
  • 48,000 penerima meliputi:
    – Tukang gunting
    -Penjual Kedai Jam
    – Pekerja Car Wash dan seumpamanya

3. Top Up RM100

  • Bantuan Top Up RM100 kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500

4. 1,600 Tablet Percuma

  • Tablet percuma diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin

5. Insentif Kuliah Online

  • Kepada Pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap

6. 20 Pusat Internet Terengganu (PINTAR)

  • Membuka 20 buah Pusat Internet Terengganu (PINTAR) untuk PdPR kepada pelajar-pelajar miskin

7. Insentif Khas

  • Insentif khas kepada penggiat pelancongan Negeri Terengganu meliputi:
    – Penarik beca
    – Bot Penambang
    – Persatuan Pemandu Teksi Airport
    – Kakitangan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan
    – Pemandu Pelancong
    – Persatuan Hotel

BERKAT PKP 2.0: Bantuan Tablet Percuma Buat Pelajar & 7 Bantuan Rakyat Terengganu

Bagi individu yang turut terkesan dan terjejas tetapi tidak termasuk dalam senarai penerima insentif ini, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memohon bantuan yang bersesuaian.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma