Inisiatif Pelupusan Pinjaman: Peminjam Pelajaran Yayasan Selangor Diminta Semak Status
Kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan Pakej Kita Selangor dengan matlamat untuk mengurangkan bebanan rakyat negeri ini dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Implikasi kewangan sebanyak RM7.177 Juta di dalam Pakej Kita Selangor bagi inisiatif melupuskan pinjaman 762 orang peminjam pelajaran Yayasan Selangor.
Semua peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta menyemak status masing-masing susulan inisiatif pelupusan pinjaman yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi ‘Pakej Kita Selangor’ pada Rabu lepas.
Isi Kandungan
PEMINJAM YANG LAYAK
Yayasan Selangor dalam kenyataan semalam telah memaklumkan peminjam akan menerima manfaat pelupusan baki pinjaman itu adalah sebahagian graduan tajaan peringkat:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Graduan peringkat pengajian berikut mestilah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kerajaan negeri selain IPT awam serta swasta.
PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
Bagaimanapun, peminjam yang berkemampuan membayar balik pinjaman pelajaran diminta meneruskannya mengikut jadual supaya dana yayasan itu akan sentiasa mencukupi bagi membiayai bantuan pendidikan semasa dan kegunaan generasi akan datang.
MATLAMAT PELUPUSAN BAKI PINJAMAN
Kenyataan itu menyebut pelupusan baki pinjaman tersebut diberikan kerana:
- Menyedari ketidakmampuan peminjam melunaskannya susulan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memberi kesan kepada pendapatan golongan terlibat.
- Ia juga akan dapat meringankan beban peminjam dan juga waris yang dibelenggu masalah kewangan akibat kesan pandemik.
SEMAKAN STATUS PINJAMAN YAYASAN SELANGOR
Peminjam yang ingin mengetahui status atau maklumat lanjut berkenaan pinjaman masing-masing boleh hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan menerusi talian berikut:
- Emel: hasil@yselangor.com
- Tel: 03 7669 1100/115/125/145/162/212/238
Yayasan Selangor turut memaklumkan pelupusan pinjaman itu tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri kerana pihaknya beroperasi tanpa mendapat sebarang geran atau peruntukan daripada mana-mana pihak.