MyBaikHati: Baikpulih Peranti Terpakai Anda Melalui SKMM & Derma Kepada Golongan B40
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama industri telekomunikasi utama telah menggerakkan kempen MyBAIKHATI menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Mac 2021 lalu.
Inisiatif tersebut diperkenalkan bagi mengumpul dan membaik pulih peranti komunikasi terpakai untuk keluarga berpendapatan rendah (B40). SKMM bersama syarikat telco utama negara akan menerima peranti terpakai daripada anda dan entity korporat lain untuk dibaik pulih.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara menderma peranti terpakai anda melalui inisiatif MyBaikHati.
Isi Kandungan
FUNGSI MYBAIKHATI
Inisiatif MyBaikHati akan berfungsi seperti berikut:
- SKMM bersama syarikat telco utama negara akan menerima peranti terpakai daripada anda dan entity korporat lain untuk dibaik pulih
- Selepas dibaik pulih, ia akan diedarkan semula untuk kegunaan golongan B40 ataupun diletakkan di Pusat Internet Komuniti
- Ada 5 telco yang terlibat semuanya dan anda antara mereka menerima sumbangan secara drop-pff, pick-up, ataupun courier
PERANTI YANG DITERIMA
MyBaikHati mengalu-alukan anda menderma gajet seperti:
- Telefon 4G
- Laptop
- Tablet
Anda diminta untuk mendermakan set yang lengkap iaitu memiliki bateri dan pengecas. Anda juga diminta untuk melakukan factory reset ke atas semua barang yang ingin didermakan. Jika anda dermakan iPhone, matikan ciri Find My iPhone.
CARA DERMA PERANTI MELALUI MYBAIKHATI
Anda boleh menderma peranti melalui beberapa saluran berikut:
Celcom
Celcom hanya menerima drop-off dan semua Bluecube yang menerimanya terletak di Lembah Klang:
- Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
- Prima Gombak, Kuala Lumpur
- Jalan Ampang, Kuala Lumpur
- Alamanda, Putrajaya
- Sunway Pyramid, Selangor
- Kajang, Selangor
- Laman Seri, Shah Alam, Selangor
- Bandar Baru Klang, Selangor
Digi
Digi menyediakan servis pick-up dan drop-off. Sekiranya anda ingin peranti terpakai anda diambil terus daripada anda, anda boleh buat permohonan melalui pautan ini:
Penghantaran drop-off pula boleh dilakukan di outler Digi Klang dan Cheras.
Maxis
Tempat untuk drop off Maxis lebih komprehensif, ia meliputi utara tengah dan selatan Malaysia:
- Maxis Centre KLCC
- Maxis Centre TTDI
- Maxis Centre Nu Sentral
- Maxis Centre Cheras
- Maxis Centre iCity Shah Alam
- Maxis Center Queensbay
- Maxis Centre Prai
- Maxis Centre Ipoh
- Maxis Centre Danga Bay
- Maxis Centre Taman Molek
Baca info lanjut MyBaikHati Initiative Maxis
TIME
TIME hanya menerima penghantaran peranti di HQ mereka. Anda boleh lakukan drop off ataupun hantar menerusi courier.
Untuk maklumat lanjut klik DI SINI
TM
TM sediakan tiga lokasi drop off iaitu:
- TM Experience Centre Menara TM
- TMPoint Cyberjaya
- TMPoint Shah Alam
U Mobile
Terdapat 5 lokasi disediakan untuk drop off iaitu:
- Berjaya Times Square Experience Centre, Level 1
- AU2 Shopping Centre
- Bukit Tinggi, Klang
- Sunway Pyramid
- 1 Utama Shopping Centre
Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI.