Inisiatif Belia Berniaga: Mohon Sekarang & Terima Bantuan Modal Permulaan RM3,000 ~ RM15,000

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) menawarkan kepada mana-mana golongan belia yang berminat untuk menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui inisiatif yang ditawarkan oleh MBM melalui sektor perniagaan modal mampu milik.

Bagi sesiapa yang memerlukan bantuan modal permulaan, MBM akan membantu melalui agensi berkaitan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan dan manfaat Inisiatif Belia Berniaga.

MANFAAT INISIATIF BELIA BERNIAGA

Inisiatif Belia Berniaga akan memberi manfaat:

  • Kepada semua belia Malaysia
  • Bantuan modal permulaan melalui agensi berkaitan (tertakluk kepada terma dan syarat)

BANTUAN INISIATIF BELIA BERNIAGA

Melalui Inisiatif Belia Berniaga, semua belia boleh mendapatkan bantuan modal perniagaan dan bantuan seperti berikut:

  • Belia Berniaga (Stokis) – Modal RM3,000
  • Belia Berniaga (Payung/Gerai) – Modal RM3,000
  • Belia Berniaga (Motosikal Roda 3) – Modal RM10,000
  • Belia Berniaga (Food Truck) – Modal RM15,000
  • Belia Berniaga (Minuman ExtraJoss) – Modal RM1,500
  • The Carpedia
  • Kursus Asas Keusahawanan INSKEN (Institut Keusahawanan Negara) – Yuran RM50 sahaja
  • Gogopasar – Gogo Agent, Gogo Agent (NGO,B40 & NGO), GogoPreneur

PERMOHONAN INSIATIF BELIA BERNIAGA

Jika anda berminat memulakan perniagaan untuk menjana pendapatan, anda boleh mohon bantuan modal permulaan melalui Inisiatif Belia Berniaga sekarang. Isi Borang Inisiatif Belia Berniaga yang disediakan secara online ini:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Inisiatif Belia Berniaga, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Syed Osman Mohamed, Pengerusi MFREN – 016 281 3448
  • Saiful Bahari, Sekreteriat MBM – 013 398 5857

Inisiatif Belia Berniaga: Mohon Sekarang & Terima Bantuan Modal Permulaan RM3,000 ~ RM15,000

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma