Ini Misi Rakyat Malaysia, 6 Kriteria Kita Semua Perlu Capai Sebelum PKP Dapat Ditamatkan

Hari ini genaplah 36 hari rakyat Malaysia menempuh dengan tabah cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa oleh kerajaan sejak 18 Mac lepas ekoran pandemik COVID-19. Dalam tidak sedar sudah lebih sebulan kita menghadapi cabaran ini.

Banyak perkara dari segi kehidupan sosial berubah 360 darjah antaranya kesibukan lalu lintas dan orang ramai di tengah bandar tidak kelihatan, sekolah dan institusi pendidikan masih ditutup, hanya perkhidmatan penting dibenar beroperasi dan ramai memanfaatkan peluang ‘cuti’ ini untuk berada bersama keluarga sepanjang masa.

Jika kita dapat lihat sehingga kini kes positif harian COVID-19 di negara kita kian mengusut berbanding sebelum ini. Ini adalah kesan positif akibat daripada pelaksanaan PKP ini. Pandemik ini banyak mengajar kita sepanjang tempoh PKP.

Terdapat beberapa kriteria yang perlu kita capai sebelum menamatkan PKP ini untuk menunjukkan kita rakyat yang bertanggungjawab. Ikuti perkongsian di bawah,

KRITERIA SEBELUM MENAMATKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP)

  • Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import
  • Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain
  • Kemampuan dari segi sistem kesihatan kita (makmal dan wad)
  • Kemampuan kita melindungi golongan berisiko tinggi. (orang tua dan orang yang mempunyai penyakit)
  • Kemampuan dengan norma-norma baharu menjadi amalan hidup iaitu tiada perhimpunan awam, penjarakkan sosial dan kerap basuh tangan.
  • Kemampuan kita melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Ini Misi Rakyat Malaysia, 6 Kriteria Kita Semua Perlu Capai Sebelum PKP Dapat Ditamatkan

Kriteria ini adalah misi kita sebagai rakyat Malaysia untuk kita penuhi sebelum tamatnya PKP. Ini bermaksud sesusahnya tempoh PKP, kita akan keluar bekerja dengan diri yang baru. Iaitu sebagai rakyat yang memenuhi kriteria di atas untuk menunjukkan kita ambil berat tentang negara kita. Disiplin diri adalah penting untuk kita menjayakan misi ini.

Diharap kerjasama seluruh warga Malaysia yang berusaha memutuskan rantaian COVID-19 dalam negara membuahkan hasil hingga bebas wabak COVID-19 dan negara kembali seperti biasa.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma