Guru Pengambilan Khas SPP: Tidak Boleh Memilih Negeri Penempatan & Tidak Ditempatkan Di Negeri Kelahiran Antara Info Terkini Anda Perlu Tahu

Pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam sesi webinar hari ini telah memberi penjelasan lebih lanjut bagi menghilangkan kekeliruan dan tanda tanya ramai orang berkenaan pengambilan khas guru secara one-off yang baru dibuka ini. Ada banyak perkara yang ramai calon masih keliru dan kini telah terjawab.

Antara perkara yang diberi perhatian adalah calon tidak boleh memilih negeri penempatan dan tidak di tempatkan di negeri kelahiran masing-masing. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara berkenaan pengambilan calon guru yang calon perlu tahu!

Ikuti perkongsian di bawah untuk rumusan webinar SPP berkenaan permohonan guru ambilan khas secara one-off.

CALON YANG LAYAK MEMOHON

Antara calon yang layak untuk buat permohonan pengambilan khas guru SPP adalah:

  • Graduan Pendidikan yang tamat pengajian
  • Bakal graduan pendidikan yang berada di semester akhir (Universiti Awam/ Universiti Swasta/ Universiti Luar Negara)

LANGKAH PERMOHONAN

Calon dinasihatkan untuk buat permohonan ikut langkah permohonan yang betul:

Langkah 1: 
Hantar permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).

Calon yang mempunyai masalah di mySPP boleh hubungi nombor urusan teknikal di 03 8893 4021/2022 atau buat aduan kepada SISPAA SPP.

Rujuk: Panduan Lengkap Mohon Guru Melalui mySPP

Langkah 2:
Penyerahan dokumen penting melalui email yang ditetapkan sebelum tarikh tutup permohonan.

Rujuk: Step By Step Penyerahan Dokumen Penting Guru SPP

Nota: TIADA HAD pemilihan opsyen asalkan sesuai dengan kelulusan masing-masing. Ini bermakna, calon boleh pilih opsyen lebih daripada satu dengan syarat email pemilihan opsyen dihantar berasingan.

CALON KELULUSAN SARJANA (MASTER)

Untuk makluman calon kelulusan Sarjana (Master) yang mohon:

  • Lantikan pertama di bawah pengambilan khas guru adalah dengan gaji mengikut taraf Ijazah Sarjana Muda (Gred 41)
  • Selepas dilantik dan berjaya mendapat penempatan, calon akan lapor diri di tempat bertugas. Buat permohonan melalui Ketua Jabatan kepada SPP untuk pelarasan gaji taraf sarjana (master)

INFO PENTING PENYERAHAN DOKUMEN

Berikut adalah beberapa info penting berkenaan penyerahan dokumen:

  • SEMUA dokumen mesti dipalang untuk mengelakkan daripada disalahgunakan
  • BORANG SENARAI SEMAK adalah PERLU dikemukakan sekali
    – Boleh tulis tangan atau terus edit di komputer
    – Wajib ada gambar
  • Sijil ko-kurikulum adalah meliputi sijil sekolah/ universiti

Antara dokumen penting yang perlu disertakan semasa buat penyerahan mengikut pengajian adalah:

  • Calon yang telah bergraduasi: Skrol
  • Calon yang belum bergraduasi: Surat kelulusan senat
  • Calon yang berada di semester akhir: Dokumen yang menunjukkan calon berada di semester akhir (Kalau UPSI, Surat pengesahan pelajar boleh dapatkan di My UPSI Portal).

Rujuk: Langkah Penyerahan Dokumen Penting Pengambilan Khas Guru SPP

CALON PERKHIDMATAN AWAM

Calon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam (kerajaan) perlu ambil tahu beberapa info berikut:

  • Semua dokumen berikut perlu disertakan:
    – Surat kebenaran cuti belajar (jika berkaitan)
    – Laporan Khas Temu Duga
    – Senarai Tugas dan Ko-kurikulum
  • Calon perkhidmatan awam adalah termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT
  • Perlu ada surat kebenaran Ketua Jabatan. Borang diperlukan boleh dimuat turun di portal SPP
  • Guru MyStep tidak dikira sebagai penjawat awam
Nota: Guru interim, kontrak, tidak memiliki iktisas dan kursus dalam cuti boleh mohon jika berada di semester akhir KDC

INFO PENTING TEMUDUGA GURU KHAS SPP

Untuk makluman anda, hebahan temuduga akan dimaklumkan di Portal SPP/ Media sosial SPP. Temuduga akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Secara atas talian
  • Secara berkumpulan
  • Melalui Cisco WEBEX
  • Pastikan capaian internet yang sangat baik

Rujuk: Kaedah Temuduga & Kaedah Penilaian Pengambilan Khas Guru SPP 

INFO PENTING PENGAMBILAN KHAS GURU SPP

Berikut adalah beberpa info PENTING tambahan pengambilan khas guru SPP yang calon perlu tahu:

  • Calon TIDAK ditetapkan di negeri kelahiran dan calon TIDAK BOLEH memilih negeri penempatan
  • Calon akan menerima pengesahan “Telah diterima” melalui email masing-masing bermula 13 Julai 2021
  • Pemilihan opsyen di JADUAL B adalah untuk calon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Cina SAHAJA yang layak memohon. Rujuk JADUAL B:

Calon lain boleh rujuk Senarai Mata Pelajaran/ Opsyen Yang Ditawarkan dan semak syarat kelayakan bagi setiap opsyen untuk mudah buat pemilihan opsyen yang layak.

Semoga perkongsian ini dapat memberi memberi penerangan yang lebih jelas kepada calon yang berminat untuk mohon pengambilan khas guru ini.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma