Cara Mohon Jawatan Guru Tabika Perpaduan JPNIN Dengan Kelayakan Diploma

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu mempelawa Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon jawatan Guru Tabika Perpaduan seperti yang diiklankan.

Individu dengan kelayakan minima STPM atau Diploma boleh mohon jawatan bertaraf kontrak seperti yang diiklankan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan jawatan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai jawatan yang ditawarkan:

  • Nama Majikan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu
  • Jawatan Ditawarkan: Guru Tabika Perpaduan S29
  • Tarikh Tutup Permohonan: 2 Februari 2023

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan yang perlu dipenuhi untuk memohon jawatan adalah seperti berikut:

Guru Tabika Perpaduan S29

  • Terdiri daripada Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya C0 dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan

DESKRIPSI TUGAS

Berikut adalah deskripsi tugas untuk jawatan yang ditawarkan:

Guru Tabika Perpaduan S29

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika
  • Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
  • Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika
  • Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

CARA MOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu atau layari laman sesawang berikut:

Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikuti Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan dan Kenaikan Pangkat 2005.

Berikut adalah dokumen sokongan yang telah disahkan dan yang perlu dikemukakan untuk membuatkan permohonan:

  • Borang Permohonan
  • Gambar terkini (berukuran passport)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Kelulusan Akademik
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Lesen Memandu
  • Dokumen tambahan/ sokongan

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan akan ditolak. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat lantikan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon dikira GAGAL sekiranya tidak dihubungi selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

  • Pengarah
    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
    Negeri Terengganu
    No. 22 Tingkat 1, 2 & 3, Pusat Niaga Paya Keladi
    20100 Kuala Terengganu
    Terengganu Darul Iman
  • Tel: 09 6203105

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma