Tawaran Ijazah Sarjana Pendidikan Pusat Luar UMS Ambilan Februari 2021

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan Program Pendidikan Ijazah Sarjana Pendidikan bagi ambilan Februari 2021 kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.

Pengajian yang ditawarkan adalah dilaksanakan secara kerja kursus. Sekiranya anda berminat untuk mohon, permohonan kini boleh dilakukan secara online.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.

KURSUS PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai kursus pendidikan yang ditawarkan untuk ambilan Februari 2021:

  • Pengurusan Pendidikan (turut ditawarkan di Pusat Pembelajaran Sandakan Tawau dan Labuan)
  • Sains (turut ditawarkan di Pusat Pembelajaran Sandakan dan Tawau)
  • Kurikulum dan Pengajaran (turut ditawarkan di Pusat Pembelajaran Sandakan, Labuan dan Tawau)
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Komputer dalam pendidikan
  • TESL

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

  •  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75 dari Universiti Malaysia Sabah atau institusi lain yang diperakui senat Universiti Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengan PNGK minimum 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah
  • Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima tertakluk kepada pengalaman kerja minimum 5 tahun dalam bidang yang berkaitan.

CARA MOHON

Berminat dengan program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan? Mohon sekarang!

klik untuk mohon

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian 010-835 2594 atau email ke alamat email plums@ums.edu.my. Dapatkan info lanjut di laman Facebook Pusat Luar UMS.

Tawaran Ijazah Sarjana Pendidikan Pusat Luar UMS Ambilan Februari 2021

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma